Lagi sambung cerita kursus..macam biasa bila kursus mesti akan terbentuklah kumpulan..bukan apa senang nak buat aktiviti ikut kumpulan..
So inilah kumpulan kakak ye..mantap tak? macam-macam saiz ada..nak kecik comel nak gebu gebas semua ada..
Aktiviti hari pertama kami pergi Gunung Jerai..walaupun akak ni orang penang/kulim tapi memang tak pernah jejak kaki ke Gunung Jerai..peluang macam ni lah yang membolehkan akak jejak kaki kat sini..dengan kawan2 yang sporting pulak tu..
memang seronok sangat naik gunung jerai..sejuk dengan berkabus lagi...rasa nyaman ja..
Group kitaorang naik ke gunung jerai naik van okeh..bukan menapak naik..seronok sangat sbb udara nyaman sangat..
mula-mula kitaorang dibawa ke Telaga Tok Sheikh..semua dapat peluang rasa air telaga yang sangat sejuk...
lepas naik van kita jalan-jalan sikit untuk tempat lawatan seterusnya..
Batu Kapal..nampak macam kapal kan? Jauh jugak perjalanan kami naik turun bukit..abih lemak kesayangan..huhuhu..last2 sebelum sampai rasa cam nak fengsan sebab dah tak larat nak menapak...bila nampak bunga2 fantik kat Jeraihill terus hilang penat tadi.
cantik kan?
cantik memang cantik tapi bau tak berapa la harum..
No comments:
Post a Comment