CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

30.8.18

IKAN TERMENUNG


As Salam
Ini cerita time balik kampung raya ari tu..sebelum balik KL pegi la pasar malam..Ya Allah seronoknya tengok ikan temenung yang sangat fresh..jernih lagi mata ikan tu..direct dari Kuala Muda..Harga sekilo RM6..bagi akak dah murah sangat tapi adik bgtau mahal tu kalau tak lagi murah..
Beli stok bawak balik KL..best sangat kalau masak asam pedas utara..


cantik kan ikan2 baru ni..

geramnya tengok..

12.7.18

MENU PUASA 3

Ikan siakap stim


Gulai ikan bawal emas, ayam masak kicap,ikan masin dan budu

Gulai tulang, sambal udang, sayu tofu, telur masin dan macaroni cheese

gulai daging, ayam goreng,sayur kacang buncis, sambal udang


MENU PUASA 2

Kita sambung lagi menu bulan puasa..boleh la sumbang idea kalau sapa-sapa yang kehilangan idea bila nak memasak..

asam pedas ikan siakap, ayam masak kicap, sup sayur, kuew tiaw goreng, pisang goreng dengan ketupat daun palas beli kat ofis..nampak tak malas nak senduk nasi banyak kali..kita bawak terus periuk nasi atas meja...
gulai ikan talang masin ikan siakap stim, sotong celup tepung dan cucur ikan bilis

Asam pedas ikan pari, masak lemak fucuk, sambal belacan, ikan goreng dan macaroni cheese

macaroni cabonara cheese

gulai ikan talang, sambal ikan, daging goreng kunyit.


ikan bakar air asaam, gulai sotong, sayur kangkung dan kuewtiaw goreng
Ayam bakar, sambal sotong kering, sayur fucuk dan mee goreng.

MENU PUASA

As Salam

Bulan puasa adalah bulan untuk memasak..jarang sangat pegi PARAM..Tak pernah lagi beli lauk di PARAM..cuma kalau rasa malas sangat beli nasi beriani itupun beli  yang biasa beli ..tak berani nak beli yang bukan-bukan..inilah menu sepanjang bulan puasa..kebanyakan menu diulang masak sbb dah kehabisan idea..meh la layan apa yang dimasa sepanjang ramadhan.

Kari ikan pari, sambal sotong sayur kacang buncis, ikan gelama masin dan sambal belacan


nasi goreng sahur

ikan pari bakar air asam, kari ikan, sayur kangkung, mee goreng dan cucuq ikan bilis

ayam masak lemak cili api, sambal sotong, sayur tafu telur, telur masin dan hotdog roll

ikan siakap sukahati rasa

sup tulang, ikan siakap,sayur taugeh dan cucur udang campur dengan kuah kacang

LAGI CERITA KURSUS

Hari kedua kursus penuh dengan aktiviti air dan jalan-jalan ke pulau..sepatutnya pegi 3 pulau tapi disebabkan cuaca tak berapa elok maka kitaorang pegi 2 pulau je..kitaorang pegi Pulau Bidan dengan Pulau Song Song..Pulau Telur  tak pegi..

 Pulau Bidan..

 Kat Pulau Song Song ni banyak aktivi yang kami buat..Snorkling la..aktiviti sukan berkumpulan..memang best
 nampak tak langit gelap..masa kat pulau ni kejap hujan..kejap ok.

pelarian yang baru parking kat pulau..



 ni lah ahli kumpulan kakak ye..naik bot ikut kumpulan hokey..perjalanan balik kitaorang terserempak dengan sekumpulan dolphin..memang best sebab bukan senang nak jumpak..menjerit2 bila nampak dolphin melompat..

KURSUS


Lagi sambung cerita kursus..macam biasa bila kursus mesti akan terbentuklah kumpulan..bukan apa senang nak buat aktiviti ikut kumpulan..


    So inilah kumpulan kakak ye..mantap tak? macam-macam saiz ada..nak kecik comel nak gebu gebas semua ada..

Aktiviti hari pertama kami pergi Gunung Jerai..walaupun akak ni orang penang/kulim tapi memang tak pernah jejak kaki ke Gunung Jerai..peluang macam ni lah yang membolehkan akak jejak kaki kat sini..dengan kawan2 yang sporting pulak tu..

memang seronok sangat naik gunung jerai..sejuk dengan berkabus lagi...rasa nyaman ja..



Group kitaorang naik ke gunung jerai naik van okeh..bukan menapak naik..seronok sangat sbb udara nyaman sangat..

 mula-mula kitaorang dibawa ke Telaga Tok Sheikh..semua dapat peluang rasa air telaga yang sangat sejuk...


lepas naik van kita jalan-jalan sikit untuk tempat lawatan seterusnya..


Batu Kapal..nampak macam kapal kan? Jauh jugak perjalanan kami naik turun bukit..abih lemak kesayangan..huhuhu..last2 sebelum sampai rasa cam nak fengsan sebab dah tak larat nak menapak...bila nampak bunga2 fantik kat Jeraihill terus hilang penat tadi.
cantik kan?

cantik memang cantik tapi bau tak berapa la harum..

6.6.18

MEE UDANG TANJUNG DAWAI


As Salam
Dua minggu sebelum puasa akak pegi kursus nun kat utara di Chalet Terapung PPK Merbok..tempat kursus ni dah pernah pegi 2 tahun lepas..Seronok kursus ni sebab takde ceramah dalam kelas yang boleh mengundang zzzZZZZ. Semua aktivi luar..Sepanjang bertolak ke sana semua geng dalam bas dah berangan nak pekena mee udang dengan mee kuah tulang dekat Warung Rumpun Mambu di Tanjung Dawai..dulu masa kursus yang pertama pegi situ...itu yang dok teringat2..Dah deal dengan driver bus..dia pun ok apa lagi semua senyum lebaq sampai telinga la..

mee kuah tulang..sejak bersalinkan azfar kena darah tinggi rasa takut pulak nak makan daging@tulang beria sangat..makan ala kadar je la

jangan teleng kepala nooo....gambar tebalik... Mee udang menjadi igauan..
hari tu harga mee udang RM 15..udang besar jugak..ada lebih kurang 6 ekor



adik-adik semua ni..yang paling tua ofkos la akak..muka masing2 keletihan tapi exited dapat makan mee udang..abih licin semua..

19.4.18

WARUNG PUTERI


As Salam

Hari cuti adalah hari  untuk masak secara lengkap..dari pagi sampai malam...time tu la siap ada minum petang...tapi itu cerita kalau rajin..diulangi kalau rajin..tapi kalau malas Restoran Warung Puteri dekat Taman Seri Gombak ni la tempat kami sekeluarga akan brunch..anak2 akan makan nasi kak wook tambah dengan teh o ais..ibu dia pulak makan nasi biasa dengan teh ais madu..sorgaa....

Terliur tak?

5.4.18

KACANG SUSHI EDAMAME

As Salam..
Lama tak updet kan..macam 2 nak diupdet tapi nan hado bila penyakit M ni..
kali ni nak cerita pasal kacang yg selalu makan dekat sushi
Ari tu ada pesan dekat en hubby kalau lalu tesco singgah la kejap sbb nak suruh beli kacang sushi..siap dah bagi gambar..yg menjadi kelakarnya masuk tesco terus dia pegi kat area sayur..siap snap gambar
mula bagi yg ini
pastu yg ini
lagi
berderu2 gambaq sayur masuk dalam wsup..dah tergelak pun ada sebab dah pesan suruh pegi area frozen..last2 bagi tau kalau kacang yang kat atas ni buat sayur campur sedap la...yang wife dia pesan kacang jepun yang macam ni..kacang edamame..tapi nak senang panggil kacang sushi je..
(gambaq  google)
cari gambar kat en google tak de pulak contoh plastik..tapi gambar kacang ade la macam kat atas..kalau sapa yag dah beli senang je nak makan ..panas air dengan garam..bila mendidih masukkan kacang dalam 3@4  minit..dah siap...

10.1.18

BAI KRAPRAW SEAFOOD GOMBAK

Sekarang kitaorang dah ada port baru kalau nak makan aiskrim yang sedap dan murah...kedai ni kedai biasa je tapi menu dia memang best dan harga pun sangat berbaloi..Meh tengok dulu menu yang ada..banyak lagi menu tapi sempat yang ni je..



Pulut Ayam RM5.00

Bingsu Strawberry RM5.00 


Bingsu Mangga RM7.00

 Pad Thai RM5.00

Bingsu Durian RM5.00

Aiskrim Kelapa RM5.00

Banyak lagi yang kami selalu order..Ammar dengan Aiman selalu order kerabu maggi..sedapp
Bagi yang nak cari kedai ni terletak kat Jalan Gombak..Nak bagitau detail tak berapa pasti tapi search ket waze confirm ada..cubalah datang