CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

2.8.17

RESEPI SHELLOUT

Rasanya semua dah makan shellout kan..nak makan yang betoi punya shellout mahai bebenor..makan kedai biasa2 je..tapi bila buat sendiri lagi puas makan..buat dalam dua versi pedas dan kurang pedas..anak2 memang suka sangat..banyak kali jugak masak shellout ni..resepi ambik dari blog kak ita masam manis..memang sedap..cuma akak ubah sikit resepi..semua seafood akak goreng dulu ngan minyak yang campur butter..goreng sekejap je..









Ni la resepi yang akak guna..copy paste dari blog kak ita..


Makanan Laut

Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang
Isi ikan ~ terpulang lah nak isi ikan apa. ( yang ni ita tak letak )

Bahan Sayur-sayuran

Jagung manis ~ potong 3
Brocoli ~ di potong kecil
Kentang ~ potong wages atau belah 4
Carot ~ hiris bulat
Bunga kubis ~ potong kecil

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

Bahan Rempah 

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C ~ perasa
3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
Kemudian baru masukkan garam 
* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain. 
Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang. 
Yang lain ita tak letak sayur. 
Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, ita biarkan sahaja di rebus begitu.

Untuk Resepi Buttermilk
Minyak
Butter
Bawang Putih
Daun Kari
Kiub Ayam
Susu
Tepung Gandum (sedikit je)

Cara-caranya:
Tumis bawang putih ke dalam minyak dan butter
masukan kiub ayam 
masukan susu dan bancuhan tepung gandum
kalau tawar tambah garam
masukan seeafood, agak2 kepekatan
boleh dihidangkan..

No comments:

Post a Comment