CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

12.12.17

VIETNAM PART 4

ok ni la hasil beg yang dah beranak..setiap orang akak memberanakan beg..mmg datang ari tu dah bawak beg tambahan siap2..banyak tak?





sesi makan bingka ubi yang meveles..

APA YG DIBELI?
shawl neelopak mmg banyak
Tudung Bokitta
kasut sukan 3 pasang
telekung kak siti
beg kipling
beg2 telekung
kain cotton
beg2 comei untuk souviner memang banyak
beg Deuter
Track suit mmg murah

nak gi lagiiiiiiii

VIETNAM PART 3




Layan la segala gambar time kat HCM


ni dok bersila pakat dok pilih tudung bokkita..sebijik sebulat macam yg ori..




Ini la kedai auntie yang kat dalam Ben Thant.. memang murah dan baik sangat auntie ni..no kedai tak ingat tapi ingat la muka dia ye..selalu dia ngan husband dia dok meniaga kat situ..




VIETNAM PART 2



ni hotel kitaorang duduk..ish nama apa tah..kalau tak silap Blessing 1..memang senang dok hotel ni..agak2 barang shopping banyak boleh balik bilik hantar.

wefie..nampak tak pakat dah pegang beg hasil shopping..




posing kat Ben Thanh..lagi satu pesanan ye.. kalau takat nak cari souvenir x yah beli kat ben thant ni..mahai nak m*mp*s..baik beli kat area kedai di district 1 lagu murah banyak...lagi satu kat dalam tu sessi tarik2 tangan buat akak tak gemar..kalau rasa x nak beli jangan mintak tawar ok..cuma satu yang akak banyak shopping kat dalam tu..shopping beg Kipling..memang murah kat auntie tu..dah la lemah lembut.. 
ulang tayang lagi..ni la makana utama yang makan kat sana

popia vietnam..pegi sana kena la cuba kan..layan walaupun gambaq terbalik...

apa yang ko nak..semua ada..dari tudung neelopak, ariana sampai telekung kak siti pun ada..mau x sawan kannn..lupa nak bgtau kat sini kitaorang pakai RM je.

Sedapnya makan sup udang ni..ada masam2 nenas ngan manis2 udang..korang bayangkan..tak terliur?

ini lagi satu...bingka ubi kayu..sedapnyaaaa..ni beli kat area district 1 tapi time nak balik akak ada order bingka ni kat sorang penjual telekong..memang sedap baq hang...

Kedai Halal Amin ni la tempat makan kitaorang sepanjang kat HCM...Kedai ni harga paling murah..makanan pun ok..

VIETNAM PART 1

As salam..
Ni cerita tertunggak..dah ujung tahun dah kan..baru nak up cerita..ini kali kedua pegi Ho Chi Minh.. pegi awal tahun aritu ngan geng2 opis..pegi kali ni  memang tujuan nak shopping je..x pegi jalan2 dah sebab dah pegi time mula2 dulu..disebabkan nak flight murah kitaorang ambik flight malam..naik Vietnam Airlines..Selesa tau..
Kat airport apa lagi pakat posing la..




makanan dalam flight..nasi ngan ikan

Untuk peringatan bersama..kalau2 ada yang kali pertama pegi Ho Chi Minh ni..
korang kena hanya naik teksi bermeter...sebab dah banyak sangat kes penipuan..untuk lebih selamat akak sarankan naik teksi Vinasun..Ingatttt yeee VINASUN SAHAJA..Biasanya pekerja VINASUN ni pakai baju Hijau..teksi ni keluar dari airport terus pegi kiri sampai hujung..kat situ la port VINASUN..Untuk memudahkan perjalanan korang print siap2 alamat hotel guna tulisan Vietnam sebab driver teksi ni banyak yang tak berapa faham..akak buat cam tu memang senang..
Hotel pulak untuk mudahkan nak makan halal ambik la hotel di District 1.



Sampai je HCM..apa lagi makan la...teringat2 kopi Vietnam ni ngan Kuewtiaw Pho ..sedapnya..


Ari pertama survey2 dulu la kannnnn....

19.9.17

ALAHAN MASA MENGANDUNG?

Assalam..
Tiba-tiba nak share cerita bila mengandung 3 hero dulu..Peel orang mengandung ni memang macam-macam..kejap ok kejap x ok..kadang2 benda yang x suka boleh jadi suka time mengandung..yang suka boleh jadi x suka..

gambar google

 Masa mengandungkan Aiman first trimester memang xleh nak bau macam2..tapi paling kronik bila bau mee segera Ruski..Time tu tengah hangat iklan mee segera ni..jadi en hubby try la beli nak makan..bila dia start masak, satu dapoq bau meggi ni... apa lagi terus m**tah kaw kaw punya..punya x boleh bau sampai dok dalam bilik satu hari nak bagi hilang bau tu dalam rumah..lepas tu langsung x boleh tengok plastik atau nak bayangkan langsung..bila tgk teruk nak termun**h lagi...rupa-rupanya sampai sekarang kalau en hubby cerita balik pun masih rasa loya tekak..

gambar google

Bila mengandungkan Ammar lain cerita pulak..sepanjang hidup sampai mengandung kat ammar memang x lalu makan kerang..x kan sentuh makanan yang ada kerang..arwah mak selalu kata kalau akak kopek kerang rebus bagus sebab kerang x luak tetap banyak tu..tapi kalau yang lain kopek confirm masuk mulut separuh..Tapi bila mengandungkan Ammar boleh pulak tiba-tiba teringin nak makan kerang bakar..pegi la makan kerang bakar..sedap rupanya kerang bakar ni..sampai sekarang kerang antara kegemaran..tak sangka dari tak makan langsung boleh jadi suka gara-gara mengidam time mengandung..

gambar google

Lain pulak time mengandung Azfar..hidung terlampau sensitif ngan bau perfume tak kira perfume keta ke opis ke....hanya perfume tertentu je yg boleh masuk..bau maskulin atau flora memang tak boleh langsung nak bau..terus sesak nafas..macam tersekat..rupa-rupanya sampai sekarang macam tu..bila en hubby nak sembur perfume dalam bilik terus kena halau gi kat luar sebab rasa macam dalam bilik x de oksigen..ari ni pulak kat opis ada pulak yang sembur perfume aircond konon nak bagi opis wangi..pening akak dikkk..pernah naik lift ngan abang as**r..punya la kuat bau wangi rasa lambat nak sampai tingkat opis...cam nak nanges..
Rupanya segala pembawakan time mengandung masih kekal sampai sekarang..
Walau apa pun yang dirasa yang penting kenangan mengandungkan hero2 ibu adalah saat yang paling indah yang tak akan dilupa..

18.9.17

HOKAIDO TART



Bila kegilaan cheesetart menyerang...sedap baq hang!!..try jugak beli hokaido cheesetart ni..satu umah suka cheese bagi makan sorang sebijik x cukup..lari budget nak bagi lebih hihihi...tapi nak bgtau yg durian tu memang menjadi ingatan..sedap ya amat bagi akak tapi orang lain x tau la suka ke tak..nak tau kena cuba la

4.8.17

PAK JOHN STEAMBOAT BBQ eCURVE MUTIARA DAMANSARA

makan-makan sempena birthday Ammar..diorang ni senang je bila birthday x yah hadiah2..tapi bawak je gi makan..tu pun dah seronok..kali ni gi makan steamboat kat Pak John E Curve
ambil sup seaweed..rasa pelik tapi sedappp...




macam-macam menu pilihan untuk steambot dan bbq..antara tarikan tambahan ada dimsum, kaya ball.waffle dan special daging yang kita mintak baru dipotong contohnya Australia Beef Slices, Smoke Duck Slices, Abalon Slices.
Kalau tak silap buffet ni dalam RM39++ untuk weekend..

2.8.17

KAU RASA?


Okey ni antara gambar latest si kecik..dah 3 tahun lebih dah..bercakap bukan main..
sebenaqnya nak cerita peel si kecik yg selalu agaknya tengok ibu dia dok tangkap gambar..gi makan kat Tat Nasi Ayam kat Sri Rampai..yang kelakarnya bila makanan dah sampai azfar siap cakap "ibu nak senyum.."dua tiga kali dia cakap..dok pikir apa yg dia nak..rupa-rupanya di suruh ambik gambar dia bila makanan dah sampai..bila keluar hp dia cakap "haaaa nak senyum"..ermm..ni la hasil nak senyum tu...tengok camera pun tak yang pasti asyik peace je yang dia tau..

RESEPI SHELLOUT

Rasanya semua dah makan shellout kan..nak makan yang betoi punya shellout mahai bebenor..makan kedai biasa2 je..tapi bila buat sendiri lagi puas makan..buat dalam dua versi pedas dan kurang pedas..anak2 memang suka sangat..banyak kali jugak masak shellout ni..resepi ambik dari blog kak ita masam manis..memang sedap..cuma akak ubah sikit resepi..semua seafood akak goreng dulu ngan minyak yang campur butter..goreng sekejap je..









Ni la resepi yang akak guna..copy paste dari blog kak ita..


Makanan Laut

Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang
Isi ikan ~ terpulang lah nak isi ikan apa. ( yang ni ita tak letak )

Bahan Sayur-sayuran

Jagung manis ~ potong 3
Brocoli ~ di potong kecil
Kentang ~ potong wages atau belah 4
Carot ~ hiris bulat
Bunga kubis ~ potong kecil

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

Bahan Rempah 

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C ~ perasa
3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
Kemudian baru masukkan garam 
* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain. 
Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang. 
Yang lain ita tak letak sayur. 
Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, ita biarkan sahaja di rebus begitu.

Untuk Resepi Buttermilk
Minyak
Butter
Bawang Putih
Daun Kari
Kiub Ayam
Susu
Tepung Gandum (sedikit je)

Cara-caranya:
Tumis bawang putih ke dalam minyak dan butter
masukan kiub ayam 
masukan susu dan bancuhan tepung gandum
kalau tawar tambah garam
masukan seeafood, agak2 kepekatan
boleh dihidangkan..

KALAU DATANG RAJIN

Kalau angin rajin datang semua nak nampak kemas..balik dari NSK susun segala hasil tangkapan..senang buat cam ni..tapi bukan selalu rajin kalau malas campak je dalam tempat sayur ngan plastik2 asal

Ni pulak sususan tudung..beli rak kasut kat LAZADA..yang ni tahan sikit sebab ada beli satu lagi macam t*aik baru susun kasut dua pasang terus roboh..hampeh..tapi yang ni ok..sbb banyak pakai shawl so senang sikit kalau susun macam ni..

1.8.17

RESEPI SPAGETI AGLIO OLIO SIMPLE

As salam
spageti memang jarang masak kat umah tapi stok sentiasa ada sebab aiman memang suka ya amat makan pasta..dia pun dah pandai masak sendiri bila balik sekolah..sebab en hubby x berapa suka sangat tu yg jarang buat..tapi kalau lasagna laju pulak makan..
Tapi kalau buat spageti aglio olio mmg akan habih punya..resepi ni simple je x yah letak banyak bahan..ni sebab nak banyak color tu yg letak sayur sikit..
meh la ushar resepi simple versi akak okeh..


RESEPI SPAGETI AGLIO OGLIO
Spageti  1 bungkus
Kiub Ayam (Hancurkan dengan sedikit air)
Bawang putih dicincang
Minyak Zaitun
Mix Herbs
Chili Flakes (kalau nak ada rasa pedas sikit)
Brocoli (celur dulu)
Baby Tomato
Chiken slice (goreng kilas kalau nak letak kalau x nak letak la udang pun sedap)

CARA
1. Masak spageti macam selalu
2. Tumiskan bawang putih, jangan bagi garing tumis sekejap je
3. Masuk Spageti, kiub ayam dan semua bahan
4.Kiub ni bergantung jenis spageti, kalau jenama kimball guna 11/2 je tapi kalau San Remo kena guna 2 kiub ayam
5. Kalau rasa tawar masukan sedikit garam sbb kiub ni dah masin rasa dulu ok kang terlebih masin pulak
6. Kalau dah sebati angkat dan hidangkan, kalau kat umah ni Aiman suka taburkan sedikit cheese..

Cubalah memang senang dan sedap


RESEPI KEK BUAH KUKUS


Resepi kek buah kukus ni dah buat banyak kali..memang sedap sangat2..First time try terus x guna resepi lain dah..yang ni buat untuk anak saudara bertunang..selain tu kalau balik kampung mesti buah kek ni sebab mak mentua suka..Resepi ni ambik dari blog kak azie..So resepi ni i ols copy paste dari blog kak azie ye..

Kek Buah Kukus Lembab dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Loyang saiz: 10"

Bahan bahan:
500 gm butter
6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B
2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm
2 sk vanilla
2 sk esen ros - tak letak

Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat 
1/2 sk cream of tartar 
1 sk serbuk buah pala - opsyenal, tak letak

Gula Hangus:
4 cawan gula pasir/800 gm - guna 600 gm
1/2 cawan air sejuk

Cara cara:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair. 

Selamat mencuba

26.7.17

SYURGAKU

As salam
Lama tak post gambar umah yang x seberapa ni..rumah mmg x boleh nak kemas kalau ada anak kecik...macam-macam ada kat ruang tamu..silap2 senduk belanga pun dia angkut dari dapoq bawa ke depan...alahai anak..

 Tengok panda pun ada kat ruang tamu

 dapoq pun sama...macam2 ada..

Bilik anak bujang lagi la..kalau ibu tak jadi tarzan bilik macam tongkang pecah..baju bersepah atas katil..