Bab makan kitaorang memang win. Selalu makan steamboat kat Johnny's, biasa la kalau nak makan puas kena la bayar lebih..So bila dah beli dapur ngan periuk steamboat kena la buat kang kena perli pulak dah beli tapi simpan dalam almari..Maka bermula la projek steamboat, beli bahan steamboat then buat kuah sup dan kuah ala2 johnny sendiri..sedap jugak resepi ni tak la sebijik macam johnny tapi anak2 suka..modal buat ni pun x banyak tapi makan puas..Jimat kan
BAHAN-BAHAN SOS ALA JOHNNY'S STEAMBOAT
8 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
5 sb minyak bijan
5 sb apple cider * pakai cuka biasa je
5 sb sos ikan
2 sb sis tiram
2 sb kicap
1/2 cawan air
1/2 sb sunquick
bijan yg di sangai
1 sb tepung jagung
daun ketumbar racik halus
garam dan gula secukup rasa
Ni resepi SOS ALA2 JOHNNY'S
CARA2:
Kisar cili merah bersama bawang putih
Masak atas dapur bersama air, minyak bijan, sos ikan, cuka, kicap dan sos tiram
Masak sampai pekat dan masukkan sunquick dan tepung jagung
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan bijan dan daun ketumbar
Dah siap....
No comments:
Post a Comment