CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

14.12.15

BALIK KAMPUNG

Masa berlalu sangat cepat..masa baru kahwin dulu anak-anak buah kecik lagi..Balik kampung kali ni sebab kenduri kahwin anak buah..sekejap je..dah kahwin dah..gambaq pengantin cari simpan kat mana ntah..layan la gambaq kitaorang..disebabkan en hubby anak bongsu maka azfar la kira cucu yang paling kecik..bila balik kg ada la orang yang nak melayan dia



 Anak-anak buah sebelah en hubby tu pun x semua yang ada..

ni gi jalan-jalan Tambun lepas tu lepak kat Jetty Batu Kawan 
Anak Teruna 


Comot makan aiskrim

Konon x nak tengok kamera bila ibu nak ambik gambaq

STEAMBOAT TIME

Bab makan kitaorang memang win. Selalu makan steamboat kat Johnny's, biasa la kalau nak makan puas kena la bayar lebih..So bila dah beli dapur ngan periuk steamboat kena la buat kang kena perli pulak dah beli tapi simpan dalam almari..Maka bermula la projek steamboat, beli bahan steamboat then buat kuah sup dan kuah ala2 johnny sendiri..sedap jugak resepi ni tak la sebijik macam johnny tapi anak2 suka..modal buat ni pun x banyak tapi makan puas..Jimat kan







BAHAN-BAHAN  SOS ALA JOHNNY'S STEAMBOAT

8 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
5 sb minyak bijan
5 sb apple cider * pakai cuka biasa je
5 sb sos ikan
2 sb sis tiram
2 sb kicap
1/2 cawan air
1/2 sb sunquick
bijan yg di sangai
1 sb tepung jagung
daun ketumbar racik halus
garam dan gula secukup rasa
Ni resepi SOS ALA2 JOHNNY'S

CARA2:

Kisar cili merah bersama bawang putih
Masak atas dapur bersama air, minyak bijan, sos ikan, cuka, kicap dan sos tiram
Masak sampai pekat dan masukkan sunquick dan tepung jagung
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan bijan dan daun ketumbar
Dah siap....