Semenjak masih cuti bersalin..rajin pulak memasak..kali ni try buat mushroom sup..simple je resepi..sedap cam kat pizza hut..lepas ni mmg kalau nak mkn buat sendiri.memang puas hati...resepi ni copy paste dari blog Secubit Garam..mohon share ye..tq atas resepi ni..memang berbaloi-baloi
MUSHROOM SOUP
resipi : Minami
MyR
sumber: K.Nor@SecubitGaram
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam ~ k.nor guna 1/2 kiub jer
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2) ~ k.nor guna 5 kpg cendawan shitakae kering
garam
secubit ajinomoto ~ k.nor skip
1 cawan tepung gandum ~ k.nor tak letak semua ni cuma sbb nanti terlalu pekat. ejjas2 sendiri la kepekatan mengikut selera masing2
Cara2:
Potong ayam kecil2, masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garamdan ajinomoto.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam
Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.
Untuk garlic bread kita just guna roti gardenia je..tapi sedap bila ada rangup2 skit..
sama la juga resepi copy paste ye..tq atas resepi ni..
GARLIC BREAD
resipi : Fendi MyR
resipi : Fendi MyR
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
roti france
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya
Cara2
Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C
No comments:
Post a Comment