Berat bayi anda sekarang 2kg dan panjangnya lebih kurang 44sm dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menterbalikkan badannya - kepala seharusnya menghala ke bawah.
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini, kerana sesetengah bayi kadang-kala suka berpusing balik.
Tengkorak bayi masih lembut dan belum bertaut, untuk membolehkannya keluar melalui saluran kelahiran yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.
Jika ini bayi pertama anda, kepala bayi akan bergerak masuk ke dalam pelvis dalam minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan proses kelahiran bermula.
Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara semula jadi? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara semula jadi.
Anda mungkin nampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang waktu petang. Retensi air, juga dikenali sebagai oedema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap pada tangan atau muka berlaku dengan tiba-tiba, hubungilah doktor anda - ini mungkin tanda praeklampsia.

No comments:
Post a Comment