CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

30.1.14

X PATUT


ni just nak berkongsi pengalaman makan di Hentian  R&R Juru masa nak balik KL...Aiman makan nasi lemak ayam..rega? RM6 hinggit...musykil  jugak sebab agak mahal..bila baca menu nasi lemak biasa RM3.00 + ayam RM3.00..ok faham..cuma yang x faham x kan nasi lemak biasa cuma ada nasi ngan kacang je..x de telur pun..x de ikan bilis pun ( kalau ada pun sekor )..
hai donia..donia...

MAKAN-MAKAN

As Salam..
 
Lagi cerita baik kg ari tu...setiap kali balik kampong memang akan makan kat sini..ikan ngan daging bakar kat sini sedap dan harga pun berpatutan..
 
Makan ni kat Ikan Bakar Din di Kepala Batas Seberang Perai...masa sampai tengok ramainya orang..nasib baik dapat tempat duduk.. 
 
 
 tengok la betapa ramainya orang..yang tengah mencari meja pun ramai
 

menu ari tu kita orang makan ikan siakap bakar, daging bakar, gulai daging ngan batang pisang, kari telur ikan ( gambar x de) ngan ulam2 sikit..memang puas hati ..ikan tu besar..daging pun kalau x silap ambik 6 keping...



 
ni antara pilihan yg ada..ada ayam bakar, udang bakar besar tapak tangan tu...ketam ngan macam2 ikan...yang paling popular daging harimau menangis....misi ari tu nak makan sotong bakar tapi x de pulak...
 
ni bila tengok gambar ni balik rasa terliur pulak..macamana tu??

29.1.14

PESTA PULAU PINANG

Hujung tahun 2013 balik kampong..lama x balik...balik kali ni nak tengok baby baru dalam family kitaorang...adik yang kecik dah bersalin...
 
kali ni balik ajak en hubby gi pesta pulau pinang...lama giless x pegi..ingat2 masa bujang dulu kot...tapi masa kecik dulu tiap2 tahun pegi ngan mak abah..mak akan ambik satu tarikh then sewa van ajak jiran2 join sekali..biasanya kitaorang akan pegi malam yang ada artis datang..dan selalunya time Ramlah Ram..sebab mak ngan abah minat sangat kat dia :-))
 
Tu semua memori yang x akan dilupakan..kadang2 rasa rindu pulak...tu yg ajak en hubby pegi..mula2 dia malas nak pegi sebab dah tahu mesti jamm gile punya..tapi biasa la wife dia kalau nak pegi tetap nak pegi...sampai Penang sesat kejap nak cari tapak pesta..maklum la lama x pegi..bila dah jumpa parking pulak x de..en hubby tinggal la kita ngan anak2  kat pintu masuk...
 


Sebenarnya  xde la apa yang menarik sangat cuma perasan nak pegi sebab lama x pegi je yg buat kitaorang sampai sini...makanan pun mahal ..air cawan pun RM2 ngan makan cucuk2 pun RM2 secucuk...mungkin diorang sewa mahal kot (konon pikir positif)...

Jalan2 je kat sini.. xde beli beriya sangat cuma ada beli tikar je...itu pun sebab murah dari Nilai..

 En hubby ngan anak2 dok layan tinju ke muay thai ntah..peserta dari dari macam2 negara...
Bila dah bosan mula la ajak balik...camana datang beriya..balik pun sama..hehe...keluar dari pesta pegi la parking....mak aiii...punya la jauh ..macam nak krem kaki..memang kena pegi jugak sebab en hubby x leh nak pusing balik kalau dia pegi sorang...

PLANET IKAN BAKAR

 
As Salam...
 
selalu makan steamboat @ bbq dekat johny atau seoul garden..kali nak try makan kat Planet Ikan Bakar pulak..hari2 lalu bila nak balik umah..tapi x penah nak try...boleh nak termakan sini pun sebab ada satu malam rasa cam nak makan ikan sangat2..konon makyong teringin la...pikir punya pikir teringat kat sini ada ikan bakar..en hubby pun bawak la..bila dah sampai masuk restoran tengok menu untuk steamboat ngan grill ni cam menarik pulak...harga pun boleh tahan ..x jadi nak makan ikan makan terus makan steamboat...pelik kan sekejap je selera boleh berubah...
 
 
ni antara pilihan yang ada..actually banyak lagi tapi tiba2 cam segan pulak nak ambik gambaq...





boleh la sapa2 nak cuba makan sini..sedap jugak..harga kalau x silap RM27 untuk dewasa..tapi time kitaorang makan dia ada diskaun

CUTI-CUTI CAMERAN LAGI...

 
Sambungan lagi...
 
 We all jalan2 lagi ..singgah nengok2 pokok kaktus...tengok je la..bukan x nak beli..mmg kitaorang bab nak jaga pokok memang ada fail sikit..masa masuk umah baru pun dah berapa kali beli pokok..asyik mati je..rumput pun nasib baik pandai berdikari sendiri...itupun hampir mati...heheh 
 
 
 
 
Kalau dah pegi cameran x kan la x singgah beli sayur kan..ni la acara yg paling best..tambah2 cuaca pulak sangat sejuk..penuh ngan kabus...budget macam tengah shopping kat Turkey sanggatttt....
 
 

Nampak tak kabus tu...sejukkk...
 

makan aiskrim lagi...sejuk2 pun layan aiskrim..sebenarnya makan jugak cheesecake ngan waffle tapi ntah mana pulak gambarnya..cari x jumpa....


itu je la cuti2 kitaorang kat cameran..sangat santai...bila2 nak gi la la.

20.1.14

CUTI-CUTI CAMERAN HIGHLAND

 
 
Cuti sekolah ari tu pegi Cameran..yang seronoknya  ni percutian yang x di rancang..kitaorang selalu cam ni...tiba2 rasa nak pegi..terus pegi..last pegi cameran kalau x silap tahun 2010...Ammar pun x tahu apa sangat..tapi pegi kali ni diorang dah besar..dah pandai rasa seronok...Bertolak dari rumah dah pukul 3 petang...sampai sana terus pegi pasar malam...ramai sangat orang..cuti sekolah kan...kena la hadap...bila dah jalan2 pasar malam baru nak cari hotel...risau jugak takut penuh..last2 dapat hotel kat area brinchang yang dekat ngan foodcourt..ok la biliknya...
 

Esok pagi lepak2 kat dalam hotel..lepas check out baru gi jalan2...mula2 pegi kat Taman Agro Al-Mashoor...tujuannya nak makan aiskrim murah..sedap pulak tu..aiskrim rega cuma RM2.00 je...sedap..ala2 aiskrim yogurt gitu...


lepas tu kitaorang singgah pulak S Corner..saja nak bawa anak2 tengok cendawan...lepas tengok cendawan..segmen yg paling budak2 ni suka la..makan..
makan scone kat sini sedap jugak..nak makan cheesecake tapi dah abis...selain tu layan megi cup kat sini..bila cuaca sejuk memang sedap kan makan megi...ibu mengandung cuma rasa sikit je...
 
ni sconenya..kalau x silap dalam RM4.50 kot..dah lupa pulak...
 



 
ni la cendawannya..kalau ikut boleh petik sendiri..tapi mungkin sebab cuti sekolah..habis cendawan..yang tinggal yang kat depan ni untuk tontonan awam...
 
 

HAMIL 33 MINGGU


kulittengkorak
Berat bayi anda sekarang 2kg dan panjangnya lebih kurang 44sm dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menterbalikkan badannya - kepala seharusnya menghala ke bawah.

Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini, kerana sesetengah bayi kadang-kala suka
berpusing balik.

Tengkorak bayi masih lembut dan belum bertaut, untuk membolehkannya keluar melalui saluran kelahiran yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.

Jika ini bayi pertama anda, kepala bayi akan bergerak masuk ke dalam pelvis dalam minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga
sakit bersalin dan proses kelahiran bermula.

Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara semula jadi? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang
kelegaan sakit secara semula jadi.

Anda mungkin nampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang waktu petang. Retensi air, juga dikenali sebagai
oedema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap pada tangan atau muka berlaku dengan tiba-tiba, hubungilah doktor anda - ini mungkin tanda praeklampsia.