CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

10.1.18

BAI KRAPRAW SEAFOOD GOMBAK

Sekarang kitaorang dah ada port baru kalau nak makan aiskrim yang sedap dan murah...kedai ni kedai biasa je tapi menu dia memang best dan harga pun sangat berbaloi..Meh tengok dulu menu yang ada..banyak lagi menu tapi sempat yang ni je..



Pulut Ayam RM5.00

Bingsu Strawberry RM5.00 


Bingsu Mangga RM7.00

 Pad Thai RM5.00

Bingsu Durian RM5.00

Aiskrim Kelapa RM5.00

Banyak lagi yang kami selalu order..Ammar dengan Aiman selalu order kerabu maggi..sedapp
Bagi yang nak cari kedai ni terletak kat Jalan Gombak..Nak bagitau detail tak berapa pasti tapi search ket waze confirm ada..cubalah datang

DURIAN OH DURIAN


Awal tahun sampai awal bulan Dis 2017 tak pernah lagi beli durian di KL..camana nak beli bila harga tersangatlah mahai..durian yag paling cokia pun sekilo RM20..nak makan satu family sekurang-kurangnya kena beli 3 biji..bayangkan berapa kena bayar kalau sebiji berat dah 1@2 kilo..Ish..ish baik beli stok ikan untuk seminggu..

Masa cuti krismas ari tu balik la kampung..ingatkan kat kampung durian murah rupanya sama jugak mahal..tapi nak dijadikan rezeki kami sekeluarga kawan baik yang dok kat Selama, Perak col bgtau ada kawan nak jual durian baru luruh..percaya tak kami dapat 11 biji durian pelbagai saiz dengan hanya RM70..dah la isi durian sedap sangat..tq la Lyana sbb dah menghilangkan mengidam kami sekeluarga..tengah taip ni pun terliur pulak tengok durian ni :)

 dah kenapa pulak gambar tongang terbalik??


7.1.18

LAYAN MAKANAN KOREA SOPOONG

Cuti minggu lepas gi jejalan ke Melawati Mall..Tujuan nak cari tshirt si kecik tu dekat Brand Outlet..
Macam biasa la anak2 kalau masuk mall je mula perut lapar la..ammar dok bagi hint nak makan kedai korea..disebabkan dah pernah makan kat Sopoong ni IOI Mall dulu so dah boleh agak anggaran harga..maklum la sekarang kena berjimat.. hihihi
So, kami pun pegi la makan kat Sopoong ..Kali ni Aiman tak ikut (mesti menyesal kann :-) sebab nak main bola.

Maka jom la kita layan apa yang kami makan..boleh la buat rujukan bagi yang nak cuba

 Yang ni akak punya, Bulgogi Small..walaupun kecik boleh makan 2 orang..set ni x de air cuma ada nasi dengan side dishes..harga RM21.50 kalau untuk Large harga RM42.90..dalam bulgogi ni ada daging, cendawan, sayur dan glass noodle

 yang ni menu budak kecik azfar..set Udon + Gimbap + Side Dishes + Air green Tea
Harga set ni RM18.90 dan azfar boleh abihkan semangkuk udon mee ni..mmg x leh nak share sekarang..tapi gimbap tu ibu dia la yang dapat.. 
 ini pulak menu Ammar...x abih2 ngam meggi..set ni ada ramyeon + Topokki + side dishes + air green tea..harga RM18.90
yang ni menu en abg kita..dia pilih set Kimchi Jjigae..set sama jugak x de air cuma ada nasi dengan side dishes..untuk sup kimchi ni ada 4 pilihan sama ada nak tuna (RM17.50), chicken (RM18.50), beef (RM19.50)  atau seafood (RM19.50). Rasa sup ni bagi akak sedap..


Untuk lebih jelas boleh tengok2 menu kat bawah..sebenarnya banyak lagi menu pilihan kalau korang pegi sana..ini cuma flyers yg kedai bagi masa lalu depan restoran..