CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

18.2.16

KURSUS LANGKAWI


Cerita 2015 lagi..
Pergi kursus Langkawi 3h2m..Dok kat De Baron Resort..Bilik cantik dan sangat selesa..malam2 lepak tepi pantai..best..











Kursus kali lebih kepada mini teambuilding..so x la mengantuk dok dalam kelas..aktiviti lebih kurang mcm explorerace..ni kat Laman Padi lepas abih task..minum2 kat sini


Lepas tu pegi makan Laksa Ikan Sekoq..Sedap





Ni sebelum pegi airport pegi lagi makan laksa ikan sekoq tapi gerai lain..yang ni kureng sikit..



MONRODS KULIM


Balik kampung selalu tak sempat nak jumpa dengan my buddy dari sekolah lagi..kali ni sempat la jumpak dia..rindu sangat kat ko Bariah..kami jumpa kat Monrods Kulim..macam2 sembang..Hope lepas ni bila aku balik kita boleh jumpa ngan kawan2 lain..Rindu kawan2 lama tapi selalu tak berkesempatan nak jumpa bila balik..yang pasti aku nak hang tau aku sayang hang Bariah..

order fish n chips


Air Coklat Cincau

NASI CAMPUR

Sessi makan lagi..kali ni MIL ajak makan kat tempat dia selalu makan..nak bagtau nama kedai terlupa pulak cuma kalau nak cari kedai landmark dia cari la Masjid Batu Kampung Pertama Permatang Pauh..sebelah tu je  kedai ni..lauk punya la banyak tak terpilih..ikut semua nak rasa..haga pun tak la mahal sangat..kami makan dalam 6 orang cuma RM60++ je..MIL belanja okey...





























Panjangnya lauk..ni x abih lagi kat belakang ada lagi tapi x ambik gambar




Apa yang kami makan?

Daging Bakar 2
Sotong Bakar 2
Ikan Keli Bakar 1
Ikan Kembung Bakar 2
Telur Sotong Besar 2
Masak Lemak Siput Sedut
Kerabu Perut pinggan besar
Udang Besar Sambal  6 ekor
Ayam Goreng 1
Nasi 6 Pinggan
Air 12 Gelas
Bungkus Daging Masak Hitam

Sangat puas hati ;-))

17.2.16

BIHUN SUP


Menu wajib balik kampung..makan bihun sup kat Gerai Maklong..
ni bihun special..ada daging + perut + ayam..Tak ingat berapa tapi rasanya dalam RM6.50
Terliuq pulak tengok gambaq ni..huhuhu

BUKIT BENDERA

Balik kampung kali ni gi la jalan2 ke Bukit Bendera..Ramainya umat..Sangat kuciwa cara pengurusan untuk naik tren ke atas..Tengok la gambaq macamana manusia berebut2 nak naik..kalau buat sistem barisan ikut lorong mungkin kurang sikit bersesak macam ni..bagi yg ada anak kecik memang tertinggal kat belakang bila yg solo atau couple redah masuk..aiman sampai terkoyak baju bila ada cina ni tarik dia..bengang gile aiman..dengan panasnya..rasa nak pitam..Tolongla buat sesuatu..























Azfar asyik lari keliling tempat ni..ayah dia berpeluh dok kejar..

ABC Special RM7
makan kat foodcourt..sedap RM12

MEATBALL

Tiba-tiba kisah balik kampung ada iklan meatball..Ni buat
 sempena birthday ammar..x dan nak celebrate..masak ni je..kuah meatball ni ni buat sendiri..x la macam ikea tapi sedap jugak..masa berniaga hari keluarga opis ari tu, ni antara menu yang kitaorang jual..Alhamdullilah habis..





















Nak resepi?

RESEPI SOS MEATBAL ALA IKEA
kredit blog daridapurmadihaa

2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam (MaDiHaA guna 1 sudu besar sos lada hitam + 1 sudu besar lada hitam yang di blend)
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
1 kiub pati daging 

Caranya :
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry. tambah juga dengan carrot & brokoli celur.

Untuk meatball saya just guna meatball ramly..then kukus..dah masak grilkan sikit dalam pan..

BALIK KAMPUNG PART 1

Assalammualaikum..
Amboi lamanya simpan cerita ni..balik kampung ni masa cuti hujung tahun 2015 lepas..ambik gambaq banyak pastu simpan..itu la kalau dah penyakit M dok serang..Meh la layan cerita balik kampung ni..amboi mcm la kampung ko ni kat oversea nuu..
Bertolak dah petang, biasa la kata nak bertolak awal tapai mesti terlajak sampai petang




Sampai Taiping ajak en hubby gi makan yong tau foo..rasa teringin nak makan..sampai kat foodcourt pening tengok ramainya yg jual YTF ni..last try google tengok ada review makan kat gerai ni..maka kitaorang pun pilih la gerai ni.

kitaorang sampai orang x berapa ramai lagi..tapi tengah makan orang dah start penuh dok cari meja kosong
Layan la apa yg kami makan..

Banana Split..kalau tak silap RM6


Yang ni pun sama dalam RM6-7



Our Yong Tau Foo..RM25..Memang puas makan..banyak..


Nasi ayam RM5

Overall kita orang makan dalam RM80 sebab tapau YTF untuk adik kat kampung..memang puas hati..aiman siap bgtau nanti kita balik Kl kita singah lagi ye..