CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

24.11.13

TERJAH MATERNITY & CHILDREN EXPO

Salam...
Amboi tajuk..macam la shopping riban2...Actually minggu lepas pegi ekspo ni..sampai sana dalam  kul 12 lebih..parking punya la penuh, naik pening lalat dibuatnya..last2 cakap ngan en hubby cari la parking, mak buyong naik atas dulu..Nampak tak ciri2 orang yang kurang sabar kat situ..:-))
Sampai atas je mula la melilau cari kat mana ekspo..walaupun dah byk kali datang tapi bila jalan sorang2 mula la confius..bila sampai je pintu masuk..mak aii...ramainya umat..
Sampai je daftar dulu..walaupun barisan panjang tapi cepat..sekejap je..
sampai je terus pegi booth pureen dulu..gambar sanngat la hampeh sbb baru nak guna hp yg canggih skit..sekali bateri dah abih.kena la guna hp cokia ni..
 

Booth Bebe ok gak banyak jugak baju

 Beli baju lobang2 cuma RM10..buat pakai ari2...gini la keadaan orang..nak bayar berbaris panjang tapi agak cepat..

 Ni antara booth yang sanggattt ramai orang..mmg murah botol susu ngan lain2 barang tapi nak bayar sanggatt la panjang..lambat pulak tu..mula2 suruh en hubby baris dulu time pilih2 barang..kena la guna taktik kalau tidak jenuh nak menunggu
 
 Time nak keluar baru nak tangkap gambar pintu masuk
banyak juga booth yg x pegi sebab masa x mengizinkan..

 hasil rembatan ..beli baju pureen yg rega RM10 ngan RM15..x la murah sangat tapi boleh la..beli sarung tangan , sabun abd RM21, tisu basah botol dapat refill ngan free pack kecik RM19, blanket RM17..ada jugak beli baju elmo RM10 sepasang..Beg tu dapat dari pureen..yang depan tu semua freegift
 
 Ni pulak dari Tommee Tippee..semua separuh rega..yg botol oren ngan putih kat depan tu lelong..cuma RM5  sahaja...
 
Jadi total matawang Malaysia yang abih kat situ RM320.00..ni baru banyak ni...

20.11.13

LELAKI @ PEREMPUAN?

Bayi lelaki atau perempuan?


Semua ibu mengandung pasti akan terfikir-fikir jantina kandungannya. sama la macam kita sehingga tarikh ni masih tertanya2 jantina baby...bila dah suspen cam ni mula la mengooggle apa tanda2 kandungan mengikut jantina...jom la kita layan..walaupun x betol 100% sebab yang menentukan hanya Dia..tapi ini sekadar suka2...yang penting baby selamat dilahirkan dan sihat...
jom kita layan...


 TANDA2 MENGANDUNG ANAK LELAKI 
  1. Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  2. degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  3. anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  4. perut anda kelihatan bulat sempurna
  5. bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  6. bentuk perut condong ke arah bawah
  7. sukakan makanan yang masam dan masin
  8. suka makan daging dan keju
  9. tapak kaki selalu berasa sejuk
  10. tangan selalu kekeringan
  11. suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  12. bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  13. anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  14. hidung tampak lebih mekar
  15. selalu sakit kepala
 
 
 
get a baby girl
 
TANDA2 MENGANDUNG ANAK PEREMPUAN

  1. mengalami morning sickness di awal kehamilan
  2. merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  3. payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  4. rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  5. bentuk perut condong ke arah atas
  6. perut tampak agak lonjong
  7. mengidam makanan yang manis
  8. sukakan buah-buahan
  9. suka minum air atau jus yang bersifat masam
  10. anda lebih cerewet semasa hamil
  11. mudah moody berbanding sebelumnya
  12. kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  13. tidak suka makan roti bersama kulitnya
  14. payudara kelihatan mengembang
  15. suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur

 
ni antara cara nak tentukan jantina baby..confius kejap sbb ada ciri2 lelaki dan ada jugak ciri2 perempuan..camana tu...

19.11.13

HAMIL 24 MINGGU

Berat bayi anda kini lebih daripada 600g. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya berkembang dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 30sm. Sekiranya kelihatan tanda-tanda bahawa proses kelahiran hendak bermula, pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghalang kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus matang dalam kandungan. 

DAH HUJUNG TAHUN

 
 
 


Alhamdulillah..dah abis musim sekolah tahun ni...rasa sekejap je..anak2 dah membesar..baru2 ni pegi la majlis anugerah cemerlang untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan...Alhamdulillah adik ammar dapat hadiah untuk dua2 sesi sekolah ni...Cuma abang Aiman je yang kurang memuaskan untuk peperiksaan kali ni..takut sgt2 sbb tahun depan dia dah UPSR..lepas ni kena bagi perhatian lebih sikit dekat dia..kadang2 sebagai ibu bapa kita terlalai untuk ambil berat soal pelajaran anak2..bila jadi macam baru tersedar betapa selama ni kita terlalu sibuk sampai terlupa nak memantau pelajaran anak2...
Salam...
 
 
Hari raya haji yang lepas balik kampong..itupun last minute punya decide..mula2 ingat tak nak balik sebab cuti pun sekejap je..last2 pikir2 punya pikir balik jugak sbb lama x balik kg..balik kali ni x sempat nak pegi jalan2 sangat..cuma sempat pegi makan laksa sotong je...yang kelakarnya masa sampai kat gerai ni cuma order 2 pinggan dulu sbb perut cam kenyang..lepas rasa laksa..anak2 dah x lepas pinggan laksa..siap x nak share sebab sedap..apa lagi order lagi dua pinggan...yang abang pulak siap mintak tambah..sampai dah balik kl pun dia asyik bagi tau sedapnya laksa ni ibu...bila kita nak balik kg lagi...nak tergelak pulak rasa...sebab diorang ni bukan jenis yang suka laksa sangat...